Followers


Penawar hati

Semai kebaikan ,tuai kesedaran

Penceraian:Faktor-faktor dan kesan-kesannya 8:59 AM

Alhamdulillah,dengan penuh rase ketenangan dan kesabaran,akhirnya aku dapat menyiapkan satu assignment rencana..so,tk salah rasenye untuk dikongsikan bersama dalam ruangan blog ini..Tapi sederhana je...harap-harap , kalian semua dapat info atau maklumat terbaru....

Penceraian: Faktor-faktor dan kesan-kesannya.
Media bercetak di Malaysia seringkali menyajikan kepada pembacanya tentang kes-kes penceraian yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Isu yang dikatakan sesuatu yang amat serius itu tidak lagi kedengaran asing dan sesuatu yang baru bagi kita. Kes-kes perceraian samaada yang melibatkan artis, selebriti, orang kenamaan dan orang awam semakin meruncing dari hari ke hari. Utusan Malaysia bertarikh 3 Mac 2009 melaporkan bahawa sebanyak 75,299 kes penceraian direkodkan seluruh Negara sepanjang 2007 dan 2008. Angka yang begitu besar itu meningkat dari semasa ke semasa lantaran terdapat banyak lagi kes penceraian yang dilaporkan oleh akhbar tempatan selepas tarikh tersebut sehinggalah sekarang samaada yang sudah selesai ataupun yang masih dalam proses .
Terdapat pelbagai ragam manusia yang timbul dalam menyelesaikan masalah penceraian mereka sehingga dibawa ke mahkamah seperti perebutan hak penjagaan anak, masalah pembahagian harta sepencarian, tuntutan mutah dan nafkah anak-anak, kes saman menyaman dan sebagainya sehingga membawa kepada pergaduhan antara dua pihak dan meletakkan kesalahan di antara satu sama lain. Fenomena ini memberikan gambaran yang kurang enak tehadap institusi kekeluargaan di Malaysia yang semakin hari semakin meruncing.
Baru-baru ini,akhbar melaporkan kes yang melibatkan Sultan Kelantan,Tuanku Sultan Ismail Petra yang dikatakan memfailkan cerai talak tiga keatas isteri keduanya, Che Puan Elia. Apa yang menjadi isu disini ialah mahkamah telah mengesahkan bahawa penceraian tersebut bukan difailkan sendiri oleh baginda tetapi dilakukan oleh individu lain. Tetapi akhirnya mahkamah mengishtiharkan status penceraian itu sah disisi undang-undang berdasarkan saksi-saksi yang ada sewaktu Baginda melafazkan cerai.
Mengharungi kehidupan perkahwinan dan menjalankan kewajipan sebagai ibu,bapa, suami dan isteri bukan mudah untuk dilaksanakan. Namun begitu, ikatan suci yang pada dasarnya bertujuan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni seringkali berakhir dengan satu kisah yang menyakitkan dan menyedihkan iaitu penceraian. Rumahtangga yang dibina selama bertahun-tahun akhirnya musnah juga lantaran masalah-masalah yang ditimbulkan oleh pasangan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Wujud juga situasi dimana perkahwinan yang baru dibina dalam masa yang singkat berakhir dengan penceraian seperti yang berlaku kepada pemain badminton Negara satu ketika dahulu. Beliau telah melafazkan cerai terhadap isterinya Faizah Mohamad, dalam tempoh perkahwinan yang singkat iaitu 12 hari.

Perkara halal tetapi dibenci oleh Allah adalah penceraian. Islam sendiri tidak menggalakkan penceraian bahkan menggalakkan umatnya agar berbincang dan menyelesaikan dengan cara yang baik dan berhikmah. Jika sesuatu masalah tidak dapat lagi diperbetulkan, maka Islam mengizinkan penceraian sebagai jalan terakhir. Seperti firman Allah dalam Al-Quran. “Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan perdamaian antara keduanya, Berdamai itulah terlebih baik daripada bercerai .Memang manusia itu bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa, sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” (Surah An-Nisa´: 128)
Dengan sekali lafaz cerai yang keluar dari mulut suami, maka jatuhlah talak ke atas isteri. Secara kasarnya, memang nampak mudah dan amat dikhuatiri apabila masyarakat khususnya orang islam akan menganggap bahawa penceraian ini sesuatu yang boleh dipermainkan dan sesuatu yang enteng. Jika berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri, tanpa berfikir panjang bercerai adalah penyelesaiannya tanpa memikirkan natijahnya. Inilah yang berlaku. Namun ketahuilah hakikatnya bahawa penceraian ini merupakan sesuatu yang serius kerana mendatangkan pelbagai implikasi-implikasi yang negatif terhadap banyak pihak.
Jika tiada angin,masakan pokok bergoyang. Penceraian yang berlaku pasti ada faktor-faktornya sama ada faktor kecil mahupun besar. Kebanyakan kes penceraian yang berlaku adalah disebabkan oleh kehadiran orang ketiga. Perkara sebegini banyak berlaku di kalangan artis-artis tanah air kita namun tidak kurang juga dikalangan masyarakat umum. Gosip-gosip liar yang disebarkan oleh majalah –majalah hiburan menimbulkan kontroversi apabila mereka mendedahkan hubungan seseorang dengan isteri atau suami seseorang yang tidak dipastikan lagi kesahihannya. Sahih atau tidak sahih khabar angin itu, sedikit sebanyak akan menimbulkan syak wasangka dan kemarahan pasangan tersebut. Ada juga sesetengah kes dimana isteri berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Apabila ini berlaku, pasangan tidak dapat menerima kehadiran orang ketiga dan lebih rela untuk menjadi janda atau duda.
Penceraian juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah pasangan yang tidak dapat memenuhi kehendak seks masing-masing. Walaupun perkahwinan ini bukan hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, namun isteri atau suami akan berkelakuan dingin dengan pasangan jika terlalu mengikut perasaan. Suami pula akan mengambil keputusan untuk berkahwin lain. Situasi akan bertambah kritikal lagi apabila pasangan tersebut tidak dikurniakan anak kerana masalah batin yang dialami oleh pasangan.
Selain itu, tidak sefahaman atau tidak serasi sering menjadi faktor yang menjurus ke arah penceraian. Perselisihan kecil atau perbezaan pendapat sudah menjadi asam garam dalam kehidupan berumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Demi kesejahteraan rumah tangga,mengapa tidak dibuang sahaja yang keruh serta ambil yang jernih. Setiap pasangan pastinya ada kelemahannya masing-masing. Seelok-eloknya, ambillah masa untuk memahami pasangan masing-masing serta jadikan pengalaman yang lalu sebagai pengajaran untuk memastikan kerukunan rumah tangga sentiasa terpelihara.
Dari sudut lain pula, sifat isteri yang lebih mementingkan kerjaya berbanding keluarga turut menyumbang kepada faktor berlakunya penceraian. Sebagai seorang wanita yang bekerjaya dan dalam masa yang sama sebagai seorang isteri dan ibu, mereka seharusnya bijak dalam membahagikan komitmen dan masa untuk kerjaya dan keluarga. Sifat wanita yang tidak mengendahkan kesihatan serta kebajikan suami dan anak-anak menyebabkan mereka rasa tersisih. Masalah ini juga tidak tertumpu kepada kaum wanita sahaja, malahan ada juga kaum lelaki yang bersifat demikian. Komitmen suami yang hanya tertumpu kepada kerjaya menyebabkan hadnya masa untuk berkomunikasi dan berbincang tentang hal kekeluargaan. Isteri pula akan memberontak dan merungut sehingga tercetusnya pergaduhan.
Faktor kewangan juga turut menjadi isu dalam kes penceraian. Masalah ini berlaku tatkala berlakunya perbezaan pangkat dan jurang pendapatan antara suami dan isteri. Apabila isteri mempunyai pangkat dan pendapatan yang lebih berbanding suami, isteri akan merasakan dirinya lebih tinggi daripada suami dan menimbulkan perasaan bongkak sehinggakan isteri tidak lagi patuh dan taat dengan perintah suami. Perasaan hormat terhadap suami semakin hilang dipengaruhi oleh sifat ego. Perkara sedemikian ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan suami merupakan ketua keluarga. Isteri seharusnya membantu dan bertolak ansur dengan suami berkaitan dengan masalah kewangan bukannya dengan mendesak serta merendahkannya.
Campur tangan ibu dan bapa dalam masalah rumahtangga anak-anak juga turut menyumbang kepada pertambahan kes penceraian. Ada sesetengah ibu bapa suka menghasut anak – anak mereka untuk bercerai disebabkan mereka tidak suka kepada pasangan anak mereka atau dalam erti kata lain bukan menantu pilihan. Kes sedemikian ini sudah banyak berlaku dan anak-anak pula mudah terpengaruh dengan hasutan ibu bapa tanpa mencari jalan penyelesaian yang lebih baik. Sebagai ibu bapa, mereka tidak harus mencampuri urusan rumahtangga anak-anak sebaliknya menasihati dan mengajar anak-anak dengan perkara yang menjurus kepada kebaikan.
Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam Utusan Malaysia bertarikh 3 mac 2010 juga turut mengakui bahawa punca bagi setiap penceraian yang berlaku ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumah tangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami. Katanya lagi, wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan turut menyumbang kepada pertambahan kes penceraian.
Penceraian yang berlaku mendatangkan impak-impak yang negatif khususnya terhadap anak-anak. Ia memberi kesan terhadap emosi dan perasaan mereka. Ibu bapa yang bercerai menyebabkan keluarga berpecah belah dan anak-anak kurang mendapat perhatian dari orang tuanya lebih-lebih lagi ketika mereka di dalam proses pembesaran. Mereka akan menjalani kehidupan tanpa sokongan dan rangsangan dari ibu bapa sehingga mendorong mereka untuk melakukan perkara negatif seterusnya terlibat dengan gejala sosial. Prestasi belajar anak-anak juga boleh terjejas lantaran gangguan mental kesan dari penceraian tersebut. Masalah dan konflik yang dialami oleh ibu bapa menjadikan anak-anak sebagai mangsanya.
Dari aspek lain pula, penceraian yang berlaku boleh menyebabkan pasangan dan anak-anak mempunyai perasaan marah,geram,kecewa dan perasaan negatif yang lain. Ada sesetengah ibu atau bapa menghasut anak-anak supaya membenci antara satu sama lain dan meletakkan kesalahan terhadap pasangan masing-masing. Perasaan seperti ini mencetuskan hubungan yang tidak baik dan permusuhan yang berterusan antara ibu atau bapa dengan anak-anak. Perkara sedemikian mesti dielakkan kerana hubungan ibu atau bapa tidak akan terputus dengan anak-anak sampai bila-bila walaupun setelah bercerai.
Selain daripada itu, pasangan yang bercerai akan dibebani dengan tanggungjawab yang lebih besar berbanding sebelum ini terutama sekali kaum wanita. Jika sebelum ini mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada suami, setelah bercerai pada siapakah lagi yang perlu diharapkan untuk menanggung kos kehidupan melainkan diri sendiri yang perlu berusaha mencari wang. Krisis kewangan mungkin bertambah serius tatkala bilangan anak yang ramai dan masih kecil.
Ironinya, janganlah menganggap bahawa penceraian sebagai jalan penyelesaian yang terbaik untuk satu konflik atau masalah yang berlaku. Konsep mencegah itu lebih baik dari mengubati. Bak kata orang-orang tua, jika mahu bercerai, lihatlah wajah anak-anak kerana di mata mereka ada seribu penderitaan dan kesengsaraan jika ikatan perkahwinan itu terputus . Seboleh-bolehnya, setiap pasangan perlu banyak bersabar, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Komunikasi amat penting dalam menyelesaikan kemelut yang melanda jiwa mereka. Pasangan seharusnya meluahkan segala apa yang tidak berkenan dari hati ke hati dan tidak memendam rasa.
Bagi kaum lelaki yang dikurniakan sembilan akal, fikirlah dan buatlah sebaik-baik keputusan demi kesejahteraan keluarga dan masa depan anak-anak. Jadikanlah perkahwinan itu sebagai langkah pertama untuk menuju gerbang kebahagiaan. Bagi mereka yang merancang untuk mendirikan rumahtangga, lengkapilah diri dengan ilmu yang mantap dan mengetahui tanggungjawab yang akan dipikul untuk membentuk keluarga yang mawaddah, sakinah dan rahmah.





,

6 comments:

Lynnda said...

Salam. Hai orang kampung! Hehe. Kampung nenek saya sebelah mak pun di tanjong karang jugak! Follow balik blog sy ye http://resepiadlynn.blogspot.com

Unknown said...

saya guna sikit teks akak , thanks :)

Anonymous said...

hihihi
thanks atas penjelasannya sist
:-)

layla azhar_ said...

thanks for the info. it really help me for my assignment. :)

layla azhar_ said...

thanks for the info. it really help me for my assignment. :)

zakiyajacks said...

Jumba casino in the city Mumbai, India - The Business
Jumba casino in 대구광역 출장안마 the city Mumbai, India 공주 출장마사지 - The Business Directory of The 평택 출장샵 Business Directory of 광명 출장샵 The Business Directory of The Business 제주 출장마사지 Directory of The Business Directory

Post a Comment

Dengarlah