Followers


Penawar hati

Semai kebaikan ,tuai kesedaran

Cabaran wanita bekerjaya 11:13 PM



Saya begitu tertarik untuk menulis tentang topik diatas.Mungkin kerana satu hari nanti saya akan bergelar seorang wanita yang bekerjaya didalam masa yang sama seorang isteri dan Ibu.Kadangkala saya terfikir mampukah saya menghadapi cabaran-cabarannya? InsyaAllah,segalanya akan saya usahakan demi kesejahteraan keluarga saya. Apa yang saya tulis ini, peringatan buat diri saya dan kawan-kawan yang lain .

Wanita merupakan sebaik kejadian yang diciptakan oleh Allah S.W.T . Keistimewaan wanita tidak dapat dinafikan lagi kerana didalam Al-Quran Allah membicarakan secara khusus berkaitan mereka dalam Surah Al-Nisa’.Apabila disebut tentang wanita, tentu kita semua membayangkan wanita ini berkaitan dengan dapur dan anak kerana kelembutannya dari segi fizikal dan spiritual.
Namun hakikatnya, wanita mampu untuk bersaing dengan golongan Adam dari segi kerjaya. Mereka mampu untuk berkhidmat dalam bidang professional seperti doktor,peguam,Jurutera dan pelbagai bidang lagi memandangkan pendidikan dan kelayakan mereka yang tinggi.Hampir semua Universiti di Malaysia ini dimonopoli oleh kaum wanita dan kebanyakannya cemerlang dalam akademik. Persepsi masyarakat sebelum ini yang mengatakan bahawa kaum Hawa ini lemah barangkali boleh disangkal melalui kejayaan dan penguasaan mereka dalam bidang kerjaya.
Bagi wanita yang belum berkahwin, sudah tentu komitmen mereka tertumpu kepada kerjaya dan pengurusan diri mereka sendiri.Pulang lewat atau tidak menguruskan rumah dengan baik tidak mendatangkan masalah bagi mereka.Tetapi bagi wanita yang sudah mempunyai suami dan anak-anak, komitmen mereka sudah dibahagikan antara kerjaya dan keluarga atau mungkin perkara-perkra yang berkaitan dengannya. Jadi, mampukah wanita untuk menjalankan komitmen kerja dan keluarga dalam satu masa? Jawapannya tentu boleh .Akan tetapi,mereka terpaksa mengharungi banyak cabaran-cabarannya.Sesetengah suami tidak bersetuju dan tidak berkenan melihat isterinya bekerja seterusnya meninggalkan urusan rumah dan anak-anak kepada pembantu. Si suami akan berasa lebih tenang dan lega apabila melihat isterinya duduk di rumah dan melayan suami dan anak-anak. Namun bagi wanita yang berpelajaran, tentu mereka akan mempersolkan.Untuk apa belajar tinggi-tinggi semata-mata untuk menjadi surirumah? Tetapi,ingatlah kata –kata Hukama’ yang berbunyi “Berkhidmat pada suami pada zaman moden kini dianggap kuno.Walhal ,disitulah letaknya kemuliaan seorang wanita .Berkhidmat kepada suami merupakan tanggungjawab yang membuatkan seorang wanita menduduki tempat yang tinggi .Tanggungjawabnya bermula sebaik sahaja akad dilafazkan.
Islam juga tidak pernah melarang kaum wanita untuk bekerja dan mereka diharuskan bekerja dengan alasan dan niat yang kukuh. Memandangkan taraf hidup yang semakin meningkat dan keadaan ekonomi yang kurang stabil, Si isteri boleh mengambil inisiatif untuk bekerja bagi meringankan beban dan tanggungan suami dalam tuntutan untuk membayar sewa rumah,kereta,segala macam bil, keperluan anak-anak dan sebagainya.
Tugas seorang ibu dalam mendidik anak-anak adalah penting bagi memastikan didikan dan asuhan yang sempurna diberikan kepada anak-anak. Anak-anak akan lebih selesa apabila ibunya sendiri yang mengajarkan ilmu kepadanya,mengajarkan solat,mengaji serta peendedahan terhadap akhlak dan adab-adab dan mulia. Oleh itu,bagi wanita yang bekerja, janganlah sesekali memandang enteng dan remeh terhadap didikan terhadap anak-anak lebih –lebih lagi didikan agama. Sesekala,peruntukan lah cuti untuk bersama anak-anak agar dapat mewujudkan hubungan yang rapat dan intim dengan anak-anak.Anak- anak akan rasa lebih dihargai apabila ibunya sentiasa berada di sampingnya.
Apabila wanita berhadapan dengan dunia luar,Bermacam-macam ragam manusia yang dapat dilihat pada zaman sekarang.Semuanya bergantung kepada diri wanita itu sendiri bagaimana untuk menjaga dirinya.Apabila berhadapan dengan majikan, pekerja, rakan sekerja dan pelanggan lelaki,pergaulan antara mereka hendaklah dijaga untuk mengelakkan berlakunya fitnah atau perkara-perkara yang boleh dikatakan sebagai curang atau nusyuz terhadap suami. Sudah tentu aurat, kehormatan serta pertuturan dijaga sebaik mungkin.
Keseimbangan dan kebijaksanaan wanita dalam menguruskan diri,suami dan anak-anak amat penting dalam membentuk keluarga yang Mawaddah, Sakinah dan Rahmah.

2 comments:

...TaUTaN MaHaBBaH... said...

sy pun tkut akak,,nti klu dh de family sndri,xtau la dpat handle ke x,,dgn keje nye lg,,
rsau nye,,
tkutnye x dpat jd isteri solehah,,
dosa t'lalu byk,,,:-(

SITI NAJAH BINTI MOHD PAUZI said...

nice article..
semoga lebih kehadapan dengan karya-karya yang menggugah jiwa.

Post a Comment

Dengarlah