Followers


Penawar hati

Semai kebaikan ,tuai kesedaran

Paku yang lekat di hati. 8:53 AM

Kata-kata lebih tajam dari mata pedang..Jika terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya...Sebab itulah kita disarankan supaya lebih banyak diam dari berkata-kata..Kadang-kadang kita tidak sedar setiap patah yang keluar dari mulut boleh menyakiti hati orag lain walaupun hanya sekadar gurauan...Hati manusia ibarat kulit bawang,mudah terhiris dan tersinggung dengan kata-kata dan lukanya terlalu dalam dan parah sehingga memerlukan masa yang lama untuk sembuh....ikutilah kisah ini:-
“ Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf.Itu salah satu kelebihan juga ibu,” kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.
“Saya rasa tidak.Selepas minta maaf, segala-galanya langsai,bu.” Si ibu berfikir.Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?. “Kalau begitu,kami ikut cadangan ibu ini.Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu bersetuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini,kemudian,setelah kamu meminta maaf,kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”. “Baik ibu.”
Beberapa bulan berlalu,mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka,tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya minta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu …..?”
“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah tebuk,calar dan “berkematu”. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti.Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya.Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
Kawan-kawan yang aku kasihi sekalian..walaupun kisah ini nampaknya ringkas, tetapi pengajaran yang bernilai yang kita boleh ambil dari kisah ini ialah meminta maaf adalah perbuatan terpuji.Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf( Maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

0 comments:

Post a Comment

Dengarlah