Time is a goldAbout Me
Blog ArchiveMy Blog List |
Penawar hati
Semai kebaikan ,tuai kesedaran
Permata insan lahir cendikiawan Islam | 3:30 AM |
comments (0)
Filed under:
|
Saya begitu kagum dengan idea bernas yang dicurahkan oleh isteri Perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menubuhkan permata insan yang bertujuan untuk mencungkil bakat kanak-kanak yang pintar agama seterusnya membentuk insan yang celik Al- Quran serta melahirkan pemikir-pemikir Islam yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber utama.
Saya begitu berbangga sekali apabila Universiti tempat saya menuntut ilmu iaitu Universiti Sains Islam Malaysia telah mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Permata Insan yang kini beroperasi di aras dua , bangunan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dengan kerjasama yang diberikan oleh Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Usaha tersebut jelas menunjukkan keperihatinan pihak Universiti untuk membantu program permata insan ini mencapai misi dan visinya. USIM yang terkenal dengan pusat pengajian Islam yang terunggul sememangnya layak untuk memikul tanggungjawab ini.
Semoga dengan adanya program ini, Malaysia khususnya dapat melahirkan cendekiawan Islam yang mampu untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai bidang di zaman kontemporari ini serta mampu bersaing di peringkat global .

Kau teman, kaulah sahabat.... | 11:07 AM |
Filed under:
|
Sahabat atau kawan merupakan insan yang paling penting dalam hidup aku selepas family..Segala kesedihan dan kegelisahan mungkin terubat dengan semangat dari sahabat-sahabat yang amat mengambil berat tentang diri aku..Merekalah teman suka dan duka....I love them very much..Walaupun kitorang jarang contact, tapi hubungan kitorg tetap kuat tidak pernah pudar walau dalam situasi yang berbeza.Pada satu hari tu, aku terima satu berita yang paling sedih dalam hidup aku.Aku kehilangan seorang sahabat dan teman.Aku rase dunia aku gelap .seolah-olah tkde satu pun cahaya yang ade. Airmata lebih deras dari air hujan,pada siapa nk aku luahkan kesedihan aku selain mak dan Abah...Tapi,tanpa ku minta, diorang hadir ketika aku di dalam kesedihan .Allah saje yg tahu... Merekalah yg menyuntik semangat dan keyakinan baru dalam jiwa aku...kerana mereka, aku berani untuk menjadi insan yang tabah menghadapi takdir tuhan....sekarg aku mampu mngukir senyuman...Thanks friends....
"Ibu,ape salahku?" | 10:20 AM |
Filed under:
|
Jika anda pernah membaca atau mungkin terbelek akhbar berita harian pada hari isnin lalu, pasti anda ingat akan wajah si comel ini.Inilah seorang bayi perempuan yang dijumpai dikawasan semak dalam keadaan basah kuyup....Bayi yang cukup sifat ini ditinggalkan di kawasan yang boleh mengundang bahaya kepadanya . Bagaimanakah manusia yang dikurniakan akal dan perasaan yang sempurna mampu bertindak sedemikian rupa?Apakah dosa bayi ini?Adakah bayi ini terpaksa menanggung dosa kedua ibu bapanya yang melahirkannya tanpa hubungan yang halal? Sedangkan kucing sayang dan kasihkan anaknya,apatah lagi manusia yang bergelar ibu.Tetapi realitinya tetap berlaku.Bahkan saban hari, kes pembuangan bayi semakin hari semakin meningkat.I dont know what to say, but i am very dissapointed to hear and see that. They never think the future of the children.The spouse that never have children,wish to have child,but now,they are easily throw the baby.Did their mother never love or maybe miss them.? Think that....
Penceraian:Faktor-faktor dan kesan-kesannya | 8:59 AM |
Filed under:
|
Alhamdulillah,dengan penuh rase ketenangan dan kesabaran,akhirnya aku dapat menyiapkan satu assignment rencana..so,tk salah rasenye untuk dikongsikan bersama dalam ruangan blog ini..Tapi sederhana je...harap-harap , kalian semua dapat info atau maklumat terbaru....
Penceraian: Faktor-faktor dan kesan-kesannya.
Media bercetak di Malaysia seringkali menyajikan kepada pembacanya tentang kes-kes penceraian yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Isu yang dikatakan sesuatu yang amat serius itu tidak lagi kedengaran asing dan sesuatu yang baru bagi kita. Kes-kes perceraian samaada yang melibatkan artis, selebriti, orang kenamaan dan orang awam semakin meruncing dari hari ke hari. Utusan Malaysia bertarikh 3 Mac 2009 melaporkan bahawa sebanyak 75,299 kes penceraian direkodkan seluruh Negara sepanjang 2007 dan 2008. Angka yang begitu besar itu meningkat dari semasa ke semasa lantaran terdapat banyak lagi kes penceraian yang dilaporkan oleh akhbar tempatan selepas tarikh tersebut sehinggalah sekarang samaada yang sudah selesai ataupun yang masih dalam proses .
Terdapat pelbagai ragam manusia yang timbul dalam menyelesaikan masalah penceraian mereka sehingga dibawa ke mahkamah seperti perebutan hak penjagaan anak, masalah pembahagian harta sepencarian, tuntutan mutah dan nafkah anak-anak, kes saman menyaman dan sebagainya sehingga membawa kepada pergaduhan antara dua pihak dan meletakkan kesalahan di antara satu sama lain. Fenomena ini memberikan gambaran yang kurang enak tehadap institusi kekeluargaan di Malaysia yang semakin hari semakin meruncing.
Baru-baru ini,akhbar melaporkan kes yang melibatkan Sultan Kelantan,Tuanku Sultan Ismail Petra yang dikatakan memfailkan cerai talak tiga keatas isteri keduanya, Che Puan Elia. Apa yang menjadi isu disini ialah mahkamah telah mengesahkan bahawa penceraian tersebut bukan difailkan sendiri oleh baginda tetapi dilakukan oleh individu lain. Tetapi akhirnya mahkamah mengishtiharkan status penceraian itu sah disisi undang-undang berdasarkan saksi-saksi yang ada sewaktu Baginda melafazkan cerai.
Mengharungi kehidupan perkahwinan dan menjalankan kewajipan sebagai ibu,bapa, suami dan isteri bukan mudah untuk dilaksanakan. Namun begitu, ikatan suci yang pada dasarnya bertujuan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni seringkali berakhir dengan satu kisah yang menyakitkan dan menyedihkan iaitu penceraian. Rumahtangga yang dibina selama bertahun-tahun akhirnya musnah juga lantaran masalah-masalah yang ditimbulkan oleh pasangan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Wujud juga situasi dimana perkahwinan yang baru dibina dalam masa yang singkat berakhir dengan penceraian seperti yang berlaku kepada pemain badminton Negara satu ketika dahulu. Beliau telah melafazkan cerai terhadap isterinya Faizah Mohamad, dalam tempoh perkahwinan yang singkat iaitu 12 hari.
Perkara halal tetapi dibenci oleh Allah adalah penceraian. Islam sendiri tidak menggalakkan penceraian bahkan menggalakkan umatnya agar berbincang dan menyelesaikan dengan cara yang baik dan berhikmah. Jika sesuatu masalah tidak dapat lagi diperbetulkan, maka Islam mengizinkan penceraian sebagai jalan terakhir. Seperti firman Allah dalam Al-Quran. “Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan perdamaian antara keduanya, Berdamai itulah terlebih baik daripada bercerai .Memang manusia itu bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa, sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” (Surah An-Nisa´: 128)
Dengan sekali lafaz cerai yang keluar dari mulut suami, maka jatuhlah talak ke atas isteri. Secara kasarnya, memang nampak mudah dan amat dikhuatiri apabila masyarakat khususnya orang islam akan menganggap bahawa penceraian ini sesuatu yang boleh dipermainkan dan sesuatu yang enteng. Jika berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri, tanpa berfikir panjang bercerai adalah penyelesaiannya tanpa memikirkan natijahnya. Inilah yang berlaku. Namun ketahuilah hakikatnya bahawa penceraian ini merupakan sesuatu yang serius kerana mendatangkan pelbagai implikasi-implikasi yang negatif terhadap banyak pihak.
Jika tiada angin,masakan pokok bergoyang. Penceraian yang berlaku pasti ada faktor-faktornya sama ada faktor kecil mahupun besar. Kebanyakan kes penceraian yang berlaku adalah disebabkan oleh kehadiran orang ketiga. Perkara sebegini banyak berlaku di kalangan artis-artis tanah air kita namun tidak kurang juga dikalangan masyarakat umum. Gosip-gosip liar yang disebarkan oleh majalah –majalah hiburan menimbulkan kontroversi apabila mereka mendedahkan hubungan seseorang dengan isteri atau suami seseorang yang tidak dipastikan lagi kesahihannya. Sahih atau tidak sahih khabar angin itu, sedikit sebanyak akan menimbulkan syak wasangka dan kemarahan pasangan tersebut. Ada juga sesetengah kes dimana isteri berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Apabila ini berlaku, pasangan tidak dapat menerima kehadiran orang ketiga dan lebih rela untuk menjadi janda atau duda.
Penceraian juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah pasangan yang tidak dapat memenuhi kehendak seks masing-masing. Walaupun perkahwinan ini bukan hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, namun isteri atau suami akan berkelakuan dingin dengan pasangan jika terlalu mengikut perasaan. Suami pula akan mengambil keputusan untuk berkahwin lain. Situasi akan bertambah kritikal lagi apabila pasangan tersebut tidak dikurniakan anak kerana masalah batin yang dialami oleh pasangan.
Selain itu, tidak sefahaman atau tidak serasi sering menjadi faktor yang menjurus ke arah penceraian. Perselisihan kecil atau perbezaan pendapat sudah menjadi asam garam dalam kehidupan berumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Demi kesejahteraan rumah tangga,mengapa tidak dibuang sahaja yang keruh serta ambil yang jernih. Setiap pasangan pastinya ada kelemahannya masing-masing. Seelok-eloknya, ambillah masa untuk memahami pasangan masing-masing serta jadikan pengalaman yang lalu sebagai pengajaran untuk memastikan kerukunan rumah tangga sentiasa terpelihara.
Dari sudut lain pula, sifat isteri yang lebih mementingkan kerjaya berbanding keluarga turut menyumbang kepada faktor berlakunya penceraian. Sebagai seorang wanita yang bekerjaya dan dalam masa yang sama sebagai seorang isteri dan ibu, mereka seharusnya bijak dalam membahagikan komitmen dan masa untuk kerjaya dan keluarga. Sifat wanita yang tidak mengendahkan kesihatan serta kebajikan suami dan anak-anak menyebabkan mereka rasa tersisih. Masalah ini juga tidak tertumpu kepada kaum wanita sahaja, malahan ada juga kaum lelaki yang bersifat demikian. Komitmen suami yang hanya tertumpu kepada kerjaya menyebabkan hadnya masa untuk berkomunikasi dan berbincang tentang hal kekeluargaan. Isteri pula akan memberontak dan merungut sehingga tercetusnya pergaduhan.
Faktor kewangan juga turut menjadi isu dalam kes penceraian. Masalah ini berlaku tatkala berlakunya perbezaan pangkat dan jurang pendapatan antara suami dan isteri. Apabila isteri mempunyai pangkat dan pendapatan yang lebih berbanding suami, isteri akan merasakan dirinya lebih tinggi daripada suami dan menimbulkan perasaan bongkak sehinggakan isteri tidak lagi patuh dan taat dengan perintah suami. Perasaan hormat terhadap suami semakin hilang dipengaruhi oleh sifat ego. Perkara sedemikian ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan suami merupakan ketua keluarga. Isteri seharusnya membantu dan bertolak ansur dengan suami berkaitan dengan masalah kewangan bukannya dengan mendesak serta merendahkannya.
Campur tangan ibu dan bapa dalam masalah rumahtangga anak-anak juga turut menyumbang kepada pertambahan kes penceraian. Ada sesetengah ibu bapa suka menghasut anak – anak mereka untuk bercerai disebabkan mereka tidak suka kepada pasangan anak mereka atau dalam erti kata lain bukan menantu pilihan. Kes sedemikian ini sudah banyak berlaku dan anak-anak pula mudah terpengaruh dengan hasutan ibu bapa tanpa mencari jalan penyelesaian yang lebih baik. Sebagai ibu bapa, mereka tidak harus mencampuri urusan rumahtangga anak-anak sebaliknya menasihati dan mengajar anak-anak dengan perkara yang menjurus kepada kebaikan.
Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam Utusan Malaysia bertarikh 3 mac 2010 juga turut mengakui bahawa punca bagi setiap penceraian yang berlaku ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumah tangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami. Katanya lagi, wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan turut menyumbang kepada pertambahan kes penceraian.
Penceraian yang berlaku mendatangkan impak-impak yang negatif khususnya terhadap anak-anak. Ia memberi kesan terhadap emosi dan perasaan mereka. Ibu bapa yang bercerai menyebabkan keluarga berpecah belah dan anak-anak kurang mendapat perhatian dari orang tuanya lebih-lebih lagi ketika mereka di dalam proses pembesaran. Mereka akan menjalani kehidupan tanpa sokongan dan rangsangan dari ibu bapa sehingga mendorong mereka untuk melakukan perkara negatif seterusnya terlibat dengan gejala sosial. Prestasi belajar anak-anak juga boleh terjejas lantaran gangguan mental kesan dari penceraian tersebut. Masalah dan konflik yang dialami oleh ibu bapa menjadikan anak-anak sebagai mangsanya.
Dari aspek lain pula, penceraian yang berlaku boleh menyebabkan pasangan dan anak-anak mempunyai perasaan marah,geram,kecewa dan perasaan negatif yang lain. Ada sesetengah ibu atau bapa menghasut anak-anak supaya membenci antara satu sama lain dan meletakkan kesalahan terhadap pasangan masing-masing. Perasaan seperti ini mencetuskan hubungan yang tidak baik dan permusuhan yang berterusan antara ibu atau bapa dengan anak-anak. Perkara sedemikian mesti dielakkan kerana hubungan ibu atau bapa tidak akan terputus dengan anak-anak sampai bila-bila walaupun setelah bercerai.
Selain daripada itu, pasangan yang bercerai akan dibebani dengan tanggungjawab yang lebih besar berbanding sebelum ini terutama sekali kaum wanita. Jika sebelum ini mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada suami, setelah bercerai pada siapakah lagi yang perlu diharapkan untuk menanggung kos kehidupan melainkan diri sendiri yang perlu berusaha mencari wang. Krisis kewangan mungkin bertambah serius tatkala bilangan anak yang ramai dan masih kecil.
Ironinya, janganlah menganggap bahawa penceraian sebagai jalan penyelesaian yang terbaik untuk satu konflik atau masalah yang berlaku. Konsep mencegah itu lebih baik dari mengubati. Bak kata orang-orang tua, jika mahu bercerai, lihatlah wajah anak-anak kerana di mata mereka ada seribu penderitaan dan kesengsaraan jika ikatan perkahwinan itu terputus . Seboleh-bolehnya, setiap pasangan perlu banyak bersabar, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Komunikasi amat penting dalam menyelesaikan kemelut yang melanda jiwa mereka. Pasangan seharusnya meluahkan segala apa yang tidak berkenan dari hati ke hati dan tidak memendam rasa.
Bagi kaum lelaki yang dikurniakan sembilan akal, fikirlah dan buatlah sebaik-baik keputusan demi kesejahteraan keluarga dan masa depan anak-anak. Jadikanlah perkahwinan itu sebagai langkah pertama untuk menuju gerbang kebahagiaan. Bagi mereka yang merancang untuk mendirikan rumahtangga, lengkapilah diri dengan ilmu yang mantap dan mengetahui tanggungjawab yang akan dipikul untuk membentuk keluarga yang mawaddah, sakinah dan rahmah.
,
Read more

Cabaran wanita bekerjaya | 11:13 PM |
Filed under:
|
Saya begitu tertarik untuk menulis tentang topik diatas.Mungkin kerana satu hari nanti saya akan bergelar seorang wanita yang bekerjaya didalam masa yang sama seorang isteri dan Ibu.Kadangkala saya terfikir mampukah saya menghadapi cabaran-cabarannya? InsyaAllah,segalanya akan saya usahakan demi kesejahteraan keluarga saya. Apa yang saya tulis ini, peringatan buat diri saya dan kawan-kawan yang lain .
Wanita merupakan sebaik kejadian yang diciptakan oleh Allah S.W.T . Keistimewaan wanita tidak dapat dinafikan lagi kerana didalam Al-Quran Allah membicarakan secara khusus berkaitan mereka dalam Surah Al-Nisa’.Apabila disebut tentang wanita, tentu kita semua membayangkan wanita ini berkaitan dengan dapur dan anak kerana kelembutannya dari segi fizikal dan spiritual.
Namun hakikatnya, wanita mampu untuk bersaing dengan golongan Adam dari segi kerjaya. Mereka mampu untuk berkhidmat dalam bidang professional seperti doktor,peguam,Jurutera dan pelbagai bidang lagi memandangkan pendidikan dan kelayakan mereka yang tinggi.Hampir semua Universiti di Malaysia ini dimonopoli oleh kaum wanita dan kebanyakannya cemerlang dalam akademik. Persepsi masyarakat sebelum ini yang mengatakan bahawa kaum Hawa ini lemah barangkali boleh disangkal melalui kejayaan dan penguasaan mereka dalam bidang kerjaya.
Bagi wanita yang belum berkahwin, sudah tentu komitmen mereka tertumpu kepada kerjaya dan pengurusan diri mereka sendiri.Pulang lewat atau tidak menguruskan rumah dengan baik tidak mendatangkan masalah bagi mereka.Tetapi bagi wanita yang sudah mempunyai suami dan anak-anak, komitmen mereka sudah dibahagikan antara kerjaya dan keluarga atau mungkin perkara-perkra yang berkaitan dengannya. Jadi, mampukah wanita untuk menjalankan komitmen kerja dan keluarga dalam satu masa? Jawapannya tentu boleh .Akan tetapi,mereka terpaksa mengharungi banyak cabaran-cabarannya.Sesetengah suami tidak bersetuju dan tidak berkenan melihat isterinya bekerja seterusnya meninggalkan urusan rumah dan anak-anak kepada pembantu. Si suami akan berasa lebih tenang dan lega apabila melihat isterinya duduk di rumah dan melayan suami dan anak-anak. Namun bagi wanita yang berpelajaran, tentu mereka akan mempersolkan.Untuk apa belajar tinggi-tinggi semata-mata untuk menjadi surirumah? Tetapi,ingatlah kata –kata Hukama’ yang berbunyi “Berkhidmat pada suami pada zaman moden kini dianggap kuno.Walhal ,disitulah letaknya kemuliaan seorang wanita .Berkhidmat kepada suami merupakan tanggungjawab yang membuatkan seorang wanita menduduki tempat yang tinggi .Tanggungjawabnya bermula sebaik sahaja akad dilafazkan.
Islam juga tidak pernah melarang kaum wanita untuk bekerja dan mereka diharuskan bekerja dengan alasan dan niat yang kukuh. Memandangkan taraf hidup yang semakin meningkat dan keadaan ekonomi yang kurang stabil, Si isteri boleh mengambil inisiatif untuk bekerja bagi meringankan beban dan tanggungan suami dalam tuntutan untuk membayar sewa rumah,kereta,segala macam bil, keperluan anak-anak dan sebagainya.
Tugas seorang ibu dalam mendidik anak-anak adalah penting bagi memastikan didikan dan asuhan yang sempurna diberikan kepada anak-anak. Anak-anak akan lebih selesa apabila ibunya sendiri yang mengajarkan ilmu kepadanya,mengajarkan solat,mengaji serta peendedahan terhadap akhlak dan adab-adab dan mulia. Oleh itu,bagi wanita yang bekerja, janganlah sesekali memandang enteng dan remeh terhadap didikan terhadap anak-anak lebih –lebih lagi didikan agama. Sesekala,peruntukan lah cuti untuk bersama anak-anak agar dapat mewujudkan hubungan yang rapat dan intim dengan anak-anak.Anak- anak akan rasa lebih dihargai apabila ibunya sentiasa berada di sampingnya.
Apabila wanita berhadapan dengan dunia luar,Bermacam-macam ragam manusia yang dapat dilihat pada zaman sekarang.Semuanya bergantung kepada diri wanita itu sendiri bagaimana untuk menjaga dirinya.Apabila berhadapan dengan majikan, pekerja, rakan sekerja dan pelanggan lelaki,pergaulan antara mereka hendaklah dijaga untuk mengelakkan berlakunya fitnah atau perkara-perkara yang boleh dikatakan sebagai curang atau nusyuz terhadap suami. Sudah tentu aurat, kehormatan serta pertuturan dijaga sebaik mungkin.
Keseimbangan dan kebijaksanaan wanita dalam menguruskan diri,suami dan anak-anak amat penting dalam membentuk keluarga yang Mawaddah, Sakinah dan Rahmah.
Cinta Adam dan Hawa | 10:40 PM |
Filed under:
|
Allah S.W.T telah menciptakan segumpal darah yan dinamakan hati ke atas manusia.Namun,hati itu pada fitrahnya mempunyai perasaan sayang dan ingin disayangi. Kaum Adam dan Hawa telah diciptakan untuk melengkapi antara satu sama lain,tanpa lelaki siapalah wanita dan tanpa wanita siapalah lelaki ..Dimana harus dicari penyejuk di mata dan penawar di hati? Dimanakah harus dicari cinta yang menuju kepada redhaNYA……Kisah Adam dan Hawa merungkai segala-galanya….
Syurga yang serba nikmat
...S Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.
Adam kesepian
Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
Hawa diciptakan
Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
Pertemuan Adam dan Hawa
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.
Adam terpikat
Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Perkahwinan Adam dan Hawa
Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.
Malaikat dan para bidadari berdatangan
Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.
Mahar perkahwinan Adam
Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.
“Bukan!” kata Tuhan.
“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
“Bukan!” tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.
Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
Dipetik dari 1001 impian siri 1 .Hasil nukilan Nurun Nasuha.
Kisah tauladan-Asiyah dan Masyitah | 6:39 AM |
Filed under:
|
Wahai sahabat-sahabatku yang dikasihi sekalian, hayatilah kisah ini agar menjadi pedoman dan panduan di dalam pelayaran kita menuju ke Syurganya.
Di Istana Firaun yang serba indah dan megah,tinggallah didalamnya dua orang wanita yang bernama Asiah dan Masyitah yang bekerja sebagai penyisir rambut puteri Firaun. Kedua-duanya adalah wanita yang beriman kepada Allah dan mengingkari Fir'aun yang mengaku sebagai tuhan.Walaupun Asiah hidup serba mewah dilimpahi harta dan boleh mendapat apa sahaja yang dikehendakinya, namun hatinya yang teguh terhadap Allah S.W.T mengatasi segala-galanya.Istana bagaikan neraka baginya kerana terpaksa hidup bersama mereka yang bergelumang dengan kekafiran dan kejahilan.
Walaupun Masyitah hanya seorang hamba suruhan.Namun,ketaatannya kepada Allah S.W.T begitu utuh sehinggakan Masyitah sanggup melihat anak-anaknya mati di hadapannya.
Ceritanya begini.Pada suatu hari, ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, tanpa sengaja sikatnya terjatuh ke lantai. Secara spontan,Masyitah mengucap ”Bismillah" (Dengan Menyebut Nama Allah) sambil memungut sikatnya. Maka keimanannya yang selama ini ia tutup-tutupi akhirnya secara tak sengaja terucap juga kerana bibirnya yang sentiasa berzikir mengingati Allah.
Apabila Masyitah mengucapkan bismillah, maka puteri Fir’aun terkejut lalu bertanya, "Adakah Allah itu ayahku?" rupanya ia hanya tahu bahwa tuhan itu adalah Fir’aun yg mengaku sebagai tuhan. Maka Masyitah menjawab, "Allah adalah tuhanku,tuhan kamu dan tuhan ayah kamu," Puteri Fir'aun hairan kerana ada tuhan selain ayahnya. Lalu ia mengancam Masyitah, "Aku akan sampaikan hal ini kepada ayahku." Maka Masyitah tanpa gentar berkata, "Silakan"
Saat Masyitah menghadap Fir’aun, pertanyaan pertama yang diajukan kepadanya adalah : “Apa betul kau telah mengucapkan kata-kata penghinaan terhadapku, sebagaimana yang dikatakan oleh anakku. Dan siapakah Tuhan yang engkau sembah selama ini ?”
“Betul, Baginda Raja yang zalim.Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah. Dan Tiada Tuhan selain Allah yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya.”jawab Masyitah dengan berani.
Mendengar jawapan Masyitah, Fir’aun menjadi teramat marah, sehingga memerintahkan pengawalnya untuk memanaskan minyak di kuali yang besar. Dan saat minyak itu mendidih, pengawal kerajaan memanggil orang ramai untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan pada Masyitah. Sekali lagi Masyitah dipanggil dan dipersilahkan untuk memilih : jika ingin selamat bersama anak-anaknya, Masyitah harus mengingkari Allah. Masyitah harus mengaku bahwa Fir’aun adalah Tuhan yang patut disembah. Jika Masyith tetap tidak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhannya, Masyitah akan dimasukkan ke dalam kuali,bersama anak-anaknya.
Masyitah tetap pada pendiriannya untuk beriman kepada Allah SWT. Masyitah kemudian membawa anak-anaknya menuju ke atas kuali tersebut. Anak yang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya telah di lempar ke dalam kuali, dengan tegar Masyitah menyaksikan semua itu, hingga tibalah giliran anaknya yang masih bayi akan dilempar, menghadapi hal ini Masyitah merasa ragu. Namun karena kehendak Allah, maka anak yang masih kecil itu dapat berkata, “Wahai ibu bersabarlah engkau berada di atas kebenaran, sesungguhnya itu adalah sakit yang sedikit dan sebentar. Sesungguhnya azab akhirat lebih keras dan dahsyat." Maka demi memepertahankan keimanannya kepada Allah masuklah Masyitah dan anaknya ke dalam kuali yang mendidih.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W berkata, "Tatkala saya diangkat naik ke langit lalu saya melewati bau yg semerbak, kemudian saya bertanya: " Bau apa ini yang wangi?" Maka jibril menjwab “Ini adalah wanita tukang sikat di istana Fir'aun dan anak-anaknya"
Kemudian dengan bongkak, Fir'aun memberitahukan kepada isterinya Asiah, wanita yang solehah, apa yang telah diperbuatnya kepada Masyitah dan anak-anaknya. Mendengar hal itu lalu, Asiyah berteriak dan berkata kepadanya, "Celaka engkau Fir’aun alangkah lancangnya engkau kepada Allah," Lalu Asiah bersyahadat menyatakan keimananya kepada Allah di hadapan Fir’aun, kemudian Fir'aun memanggil bala tenteranya dan memerintahkan agar isterinya diseksa
Lalu Asiah diseksa. Ketika seksaan semakin pedih, darah mengalir deras, Asiah menatap ke langit dan berkata sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam ayat Al-Qur'an:
“Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.” (Q.S. At-Tahrim [66] : 11)
Lalu naiklah doanya membumbung tinggi dan menembus pintu-pintu langit didengar oleh Allah S.W.T Ibnu Katsir berkata dalam kitab tafsirnya "Lalu Allah singkapkan langit dan Allah memperlihatkan rumahnya di syurga," Hingga ketika siksa semakin keras dan azab semakin pedih maka Asiyah tersenyum sehingga Fir'aun menjadi semakin marah.Mengapa ia tersenyum? Kerana ia melihat rumahnya di syurga, setelah itu berhembuslah nafas Asiah yg terakhir.
Paku yang lekat di hati. | 8:53 AM |
Filed under:
|
Kata-kata lebih tajam dari mata pedang..Jika terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya...Sebab itulah kita disarankan supaya lebih banyak diam dari berkata-kata..Kadang-kadang kita tidak sedar setiap patah yang keluar dari mulut boleh menyakiti hati orag lain walaupun hanya sekadar gurauan...Hati manusia ibarat kulit bawang,mudah terhiris dan tersinggung dengan kata-kata dan lukanya terlalu dalam dan parah sehingga memerlukan masa yang lama untuk sembuh....ikutilah kisah ini:-
“ Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf.Itu salah satu kelebihan juga ibu,” kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.
“Saya rasa tidak.Selepas minta maaf, segala-galanya langsai,bu.” Si ibu berfikir.Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?. “Kalau begitu,kami ikut cadangan ibu ini.Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu bersetuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini,kemudian,setelah kamu meminta maaf,kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”. “Baik ibu.”
Beberapa bulan berlalu,mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka,tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya minta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu …..?”
“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah tebuk,calar dan “berkematu”. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti.Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya.Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
Kawan-kawan yang aku kasihi sekalian..walaupun kisah ini nampaknya ringkas, tetapi pengajaran yang bernilai yang kita boleh ambil dari kisah ini ialah meminta maaf adalah perbuatan terpuji.Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf( Maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

"Perginya seorang insan" | 7:05 AM |
Filed under:
|
Kehilangan seseorang yang pergi buat selama-lamanya bukanlah sesuatu yang mudah bagi manusia biasa untuk menghadapinya.Hanya Iman dan kekuatan yang utuh bisa membantu..Saat seseorang itu pergi buat selama-lamanya,kita pasti akan bertanya ‘kenape yaAllah?’, sedangkan kita sudah tahu jawapannya bahawa dia adalah milik Allah dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kadang-kadang kita lupa bahawa segala apa yang ada di muka bumi ni adalah dibawah kekuasaan Allah S.W.T…Yang pergi,tetap akan pergi,kita yang masih diberikan peluang oleh Allah untuk hidup,teruskan dengan semangat yang lebih kental.Terlalu banyak lagi kewajipan dan tanggungjawab perlu kita lakukan sebagai khalifah di muka bumi ini. Keyakinan bahawa setiap yang hidup akan mati memberikan kita kekuatan untuk terus menjalankan kehidupan seperti biasa walaupun kesedihan sentiasa menyelubungi jiwa.Ingatlah bahawa,segala apa yang menimpa kita pasti ada hikmah yang tersembunyi dan Allah tidak mungkin menurunkan ujian dan musibah kepada hamba-hambanya yang tidak mampu untuk menghadapinya.Walaupun tiada lagi kata-kata maaf yang boleh dilafazkan untuk yang telah pergi,namun masih ada lagi cebisan doa dan ayat-ayat suci Quran untuknya disana..Disamping kita mengingati dan menangisi seseorang yang telah pergi,sekali-sekala datang keinsafan dalam diri untuk mengingati mati yang kadang-kala terleka dengan nikmat dunia. Syukur kepada Allah yang masih membimbing hati kita untuk mengingati mati.Ajal menjemput kita tanpa kita duga,datang bila-bila dengan kehendak Allah.
Di kesempatan ini,aku nak share lah sesuatu yang aku baca dari majalah solusi isu 8 yang bagi panduan kat kita tentang persedian menghadapi mati:
1. Berbuat baik kepada diri , keluarga dan masyarakat yang akan member manfaat sama ada semasa hidup ataupun setelah mati
2. Tabah hadapi ujian demi mengharapkan kesenangan di akhirat.Rela dan tega menerima kesusahan di dunia sebagai taruhan untuk menyelamatkan daripada kesusahan yang besar di akhirat
3. Segera bertaubat atas dosayang dilakukan kepada Allah dan sesama manusia.Dosa ialah kotoran batin yang begiru aib untuk dibawa bertemu Allah .Sedangkan mati adalah gerbang pertemuan dengan Allah.
Semoga dalam kesibukan kita menjalani hidup ini,kita tidak lalai dan leka untuk menghadapi sesuatu yang sudah pasti iaitu mati…..
Subscribe to:
Posts (Atom)